Sunday 29 July 2012


Harga sebuah kemaafan



Assalamualaikum...
Buat sahabat yang khalifah sayang kerana ALLAH..
macam mana iman sahabat2 sekarang??
macam mana kehidupan antum semua??
insyaALLAH harap2 semuanya dalam keadaan baik wabiiznillah..


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w,
Rasulullah bersabda: Musa bin Imran bertanya:
“Hai Tuhanku,siapakah hamba-Mu yang paling mulia di sisi-Mu?
Firman-Nya: “Sesiapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu
Untuk membalas kejahatan orang lain.”

Khalifah merasakan bahawa perkara yang paling mahal khalifah terpaksa
bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah;sebuah perpisahan.
Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia,redha,sabar,di saat hati yang dihiris
dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti
Kehidupan kita akan berakhir.Mereka akan pergi meniggalkan kita,atau
kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang.Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan,mungkin juga menggembirakan.Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka?
Yang pernah menambah asam garam dalam  resepi kehidupan kita?

Kita sering mendengar,”Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan”,untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidaksempurnaan dirinya.Frasa itu juga mengajar kita bahawa “manusia belajar melalui kesilapan”,walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita sakit hati atas perbuatan sesorang itu.Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita.Mengapakah hati kita terlalu keras sehingga terlalu mahal harga sebuah kemaafan?

Tak mahu bertanya sapa,tak mahu mendekati,tak mahu dan tak mahu.Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita?kuat merajuk,mungkin?

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masaalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan,lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan.
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal daripada itu,iaitu dengan memendam sakit hati,berpisah,dan dendamnya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah s.a.w telah menjadi orang yang Berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci,baginda dicaci,didengki,namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi,baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri,akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya.Mungkin Rasulullah itu maksum,bersih hati jiwanya,dan kita tak mampu lakukanya.Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya??

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita mamaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan,kawan,sahabat,kenalan,atau keluara kita.

Maafkan sahaja.Kembalilah bersaudara.
 
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak,andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jerih dan letih dalam berhijrah,mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah mudahnya,angkara perkara yang kecil,tetapi dibesar besarkan?? Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.


“sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.Kerana itu,damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH,supaya kamu mendapat rahmat.” 

buat sahabat2 yang khalifah sayang kerana ALLAH..
jangan sesekali berasa rendah diri atau segan untuk berdakwah
kerana ianya salah satu amal untuk agama kita..
jangan lihat dari orang yang menyampaikan dakwah
sebaliknya lihatlah dari apa yang disampaikan..
wallahu'alam..

1 comment: