Tuesday 21 August 2012

SegenGgaM TabaH..


assalamualaikum w.b.t
tanggal 20/8/2012
iaitu raya ke 2

seorang sahabat khalifah hilang ingatan
krn mengidap penyakit saraf..
semua kawan2,guru2,saudara mara,
semuanya orang asing baginya,hanya kedua ibubpanya sahaja
yang dia kenal..

dulu dia seorang yang periang
tp sekarang menjadi seorang yang pendiam
kami pegang dia,kami peluk dia,
kami taaruf smula dgn dia,
tunjuk gambr yg lalu,
cerita kenangan2 yang lepas,
bergurau senda,
tp
semuanya berat untk dterima..
tiada satu pun yang diiingati,

dia berjalan menggunakan tongkat,
kaki dah tak berdaya,
mulut susah untuk berbicara,
tp semangat ttp ada...
senyuman sentiasa terukir saat berbicara
walaupun dia sudah lupa kwn2,teman2 dn sahabat2nya..
kami tidak pernah sesekali berptus asa
kami tidak akan terasa 
kerana itu semua ujian darin yang maha Esa..

setiap mggu,
setiap bln pergi hospital
untk buat kemoterapi
rambut semakin sedikit..
ya ALLAH,tabahkanlah hati sahabatku,
kuatknlah ia untk berada d jalanmu..

menitis air mata kami berempat saat berbicara dgn ibunya,
dugaan demi dugaan yang dihadapi,
hanya bertemankan sabar.. 

dalam hati kami
( apeape pun yang bakal berlaku selepas ini,insyaALLAH kitorang akan berada
di samping mu teman,sentiasa bagi dorongan..biar kita sama2,dunia mahupun akhirat
insyaALLAH,,fitriyah,rohaida,ilyana,hidayu )

Nikmat paling manis adlah apbila ALLAH mentarbiah kita dgn pelbagai ujian,
Namun tautan ukhwah mmpu berhadapan dgn sejuta kesulitan,
yang memberi semangat perjuangan..
kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati...

 Khas untuk sahabatku..ita



Sunday 5 August 2012

 WehDah..


Assalamualaikum bt sahabat2 khalifah...
kaifahaluki / kaifahaluka???
khalifah harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat,aman,tenteram dalam bulan yang penuh keberkatan ini..insyaALLAH wabiiznillah..
bulan ramadhan kali ini,khalifah rasa putaran masanya terlalu cepat..
pejam celik,pejam celik,
aaahhhhhhh
rupa rupanya kita dah berada pertengahan puasa dah..
cepat masa berlalu kn??
biasa la,masa kan sentiasa mencemburui kita(hehe,ayat yang biasa digunakan oleh murobbi2 khalifah masa sek menengah dulu,,masa zaman kanak2 ribena:))
jadi,hargailah masa yang ada ni,,
rebutlah dan carilah malam lailatul qadar
penuhkan dada dengan amalan..
(erk,pesan untuk diri sendiri jugak)

apabila dikaitkan dengan masa@waktu,
ianya semakin cepat berlalu
ianya juga adalah salah satu tanda hari kiamat..
bila berlakunya hari kiamat??
bila kita akan mati??
bila,bila dan  terus bila??
adakah kita dapat mengetahui semuanya??
sama sekali kita tidak akan mengetahuinya..
so,persiakan diri,cari pahala banyak2,buat amalan2 yang baik dengan beristiqomah dll


khalifah selalu ingat pesan ma ngan abah khalifah
(carilah pahala banyak2 kak,xrugi sesen pom,siap boleh buat bekal kat akhirat ekgi..orang lain siap berebut ag nak pahala kat akhirat ekgi,tp kita rilex je duduk,ciap berpeluk tubuh ag,xpayah berebut pahala ngan orang lain,kan senang g2.(.kalu pahala banyak ).(.ma ngan abah khalifah buat perumpamaan laaaa..hehe)

nasihat ma ngan abah yang ringkas,padat,penuh bermakna yang membuatkan mata khalifah mengeluarkan mutiara2 jernih yang selama ini tersimpan...love u coz ALLAH ma abah..sama sama mencari mardhotillah..

sebut tentang amalan,teringat khalifah pada seorang muslimin..
kagum dengan cara,akhlak dan perwatakannya..
semuanya yang dilakukan untuk mendapat keredhaan dari ALLAH..
(sambil berfikir,siapakah gerangan muslimin itu??huhu,wallahua lam)


sekadar renungan bersama..

di sini kita telah bersatu menjadi satu
jauh dari halaman
jauh dari pandangan
namun,
di sini jua ku kenal erti perjuangan
ku kenal taarif persahabatan
ku pelajari ilmu islam
ku hidup dalam biah solehah dan tenteram
daku sedar
selangkah ke alam perjuangan
bererti selamanya dalam kepahitan dunia
biarlah menangis,kecewa,terluka dan
ditinggalkan kerana ALLAH
daripada mati terkambus tanpa
mujahadah insan
memang diri tak sanggup terluka
setiap titis air yang mengalir
itulah yang akan membawa ke syurga Tuhan.biiznillah..
bila ditanya kenapa perjuangan itu pahit
jawapanya kerana syurga itu manis
akanku tetap berada dalam perjuangan
selagi hayat dikandung badan

WEHDATUL QULUB
WEHDATUL FIKR
WEHDATUL AMAL


p/s; istiqomah tadarus al quaran,:)



Sunday 29 July 2012


Harga sebuah kemaafan



Assalamualaikum...
Buat sahabat yang khalifah sayang kerana ALLAH..
macam mana iman sahabat2 sekarang??
macam mana kehidupan antum semua??
insyaALLAH harap2 semuanya dalam keadaan baik wabiiznillah..


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w,
Rasulullah bersabda: Musa bin Imran bertanya:
“Hai Tuhanku,siapakah hamba-Mu yang paling mulia di sisi-Mu?
Firman-Nya: “Sesiapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu
Untuk membalas kejahatan orang lain.”

Khalifah merasakan bahawa perkara yang paling mahal khalifah terpaksa
bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah;sebuah perpisahan.
Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia,redha,sabar,di saat hati yang dihiris
dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti
Kehidupan kita akan berakhir.Mereka akan pergi meniggalkan kita,atau
kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang.Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan,mungkin juga menggembirakan.Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka?
Yang pernah menambah asam garam dalam  resepi kehidupan kita?

Kita sering mendengar,”Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan”,untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidaksempurnaan dirinya.Frasa itu juga mengajar kita bahawa “manusia belajar melalui kesilapan”,walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita sakit hati atas perbuatan sesorang itu.Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita.Mengapakah hati kita terlalu keras sehingga terlalu mahal harga sebuah kemaafan?

Tak mahu bertanya sapa,tak mahu mendekati,tak mahu dan tak mahu.Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita?kuat merajuk,mungkin?

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masaalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan,lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan.
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal daripada itu,iaitu dengan memendam sakit hati,berpisah,dan dendamnya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah s.a.w telah menjadi orang yang Berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci,baginda dicaci,didengki,namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi,baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri,akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya.Mungkin Rasulullah itu maksum,bersih hati jiwanya,dan kita tak mampu lakukanya.Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya??

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita mamaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan,kawan,sahabat,kenalan,atau keluara kita.

Maafkan sahaja.Kembalilah bersaudara.
 
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak,andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jerih dan letih dalam berhijrah,mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah mudahnya,angkara perkara yang kecil,tetapi dibesar besarkan?? Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.


“sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.Kerana itu,damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH,supaya kamu mendapat rahmat.” 

buat sahabat2 yang khalifah sayang kerana ALLAH..
jangan sesekali berasa rendah diri atau segan untuk berdakwah
kerana ianya salah satu amal untuk agama kita..
jangan lihat dari orang yang menyampaikan dakwah
sebaliknya lihatlah dari apa yang disampaikan..
wallahu'alam..

Tuesday 17 July 2012

Antara hamba dan pencipta


assalamualaikum...
antara hamba dan pencipta???
siapakah sang hamba??
siapakah sang pencipta??
sang hamba adlah MANUSIA
sang pencipta adlah ALLAH...
ok...
manusia itu siapa shbt2@kwn2@teman2???
laaa,yang dnamakn mnusia itu adlah kte laa..
ALLAH itu siapa plak??
masyaALLAH,,
ALLAH itulah yang menciptakan kte
yang menjadi kekasih hati kte
yang sentiasa menjadi pendengar yang setia dikala kte suka@duka..
haaaaa..
byk lagi la klu nak dcritakn tentang pencpta nie
hebatkn pencipta kte??

jgalah ALLAH dgn sentiasa ingt kpdnya,pasti engkau mndptknnya
d hdapanmu,knalilah akn ALLAH dwktu lapang,pasti ALLAH mgenalmu dwktu susah...
ktahuilah bhawa apa yg dtkdirkn lput dr dirimu,pasti tdk akn mnimpamu,
dn apa yg dtkdrkn mnimpamu,pasti tdk akn lput dr dirimu..
dnktahuilah ssgghnya kmenangan itu bersama ksabaran,dn ssgghnya ksnangan itu bersama
ksusahan dn bhwa ssgghnya ssudah ksulitan itu akn dtang kmudahan...:)