Friday, 21 June 2013

                                           
 OPPSSSS....CINTA SEJATI????

assalamualaikum..
tergelak sendirian,mengimbau kenangan yang lalu katekan..hehe

tengak khusyuk tengok movie,tengah feeling la katekan
tup-tup datang la seorang 'baby carrot' comey pulak 2
sambil nyanyi lagu.......



“kutemukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Tiada cinta melainkan ALLAH
Ku harap dalam cintaku

Quran telah menjanjikannya
 pasti bahagia bila dengan-Mu
biar daku rasakan sendiri
betapa agungnya cinta-Mu

aku memang pencinta ILLAHI
namunku bukan sempurna
yang sentiasa dalam kealpaan
ku juga punyai kelemahan

aku memang pencinta ILLAHI
yang mendambakan cinta-NYA
kini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup cintaku ternyata yang ku mahu hanyalah DIA

pencinta ILLAHI
mencintai DIA
hanyalah DIA

aku terkejut,terkebil-kebil mataku di buatnye..
adikku kah itu??biar betol??kubermonolog sendirian..
bila mase adik blajar lagu 2 dan dengar dari  mne??ish2
uish..
bila di tanya,sape yang ajar nyanyi lagu ni??
dengan yakinnya dia jawab,kak chik la yang ajar,adik nyayi lagu2 laen kak chik marah
jadi adik pom nyanyi la lagu yang ada nama ALLAH dalam lagu 2...adik ikut cakap kak chik la..
huhu,aku terdiam..terharu pom ada,rupe2nye dia hafal lagu 2 khas untukku..
waaa terharunya dik..sayang adik..

moga jadi anak yang soleh dan dirahmati,diredhoi,disayangi oleh ALLAH..:)
 bila ditanya,besar nanti nak jadi ape???
cikgu?doktor?pensyarah?arkitek?dll
tup2 dengan meke yang slambe dia jawab
takboh jadi gape2,nak jaga ma abah je..
ya ALLAH,dialah yang teristimewa..:)

*ubat hati,coz skarang tengah rindu kat adik*

Friday, 12 April 2013



RUHUL JADID


Berjuang memang pahit,kerana syurga itu manis..
                                               


   Seorang manusia itu akan disanjung kiranya dibekali dengan akhlak yang mulia,disulami dengan bunga        keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan..:)

berborak2 dengan mk cik jakarta dlm ktm,blh la fham ape yg dye bgtau dlm loghat indon..kagum coz mai malaysia semata2 untk blajar,skg tngah ambk phd kt ukm..wlaupun umr dh meningkat..sanggup tggal suami dn anak2..nshatnye,slagi blh sambung blajar,smbunglah smpai kapan pom..yang penting doa jgn tinggal dan sllu smyg tahajud..ingt ALLAH itu dkt dgn kita..adusss,terkadu sebentar bukkk..kagum,bangga,

      hadapi ujian dengan mencari makna di sebalik apa yang berlaku..insyaALLAH..
semangat kene ada,jangan pernah berptus asa dalam kullihal..:)tme ksh bukk..moga2 kita dipertemukan lagi..insyaALLAH..nasihat yg ringkas tapi memberi mkna yg mendalam..

Friday, 1 February 2013




Cinta

Adakah sahabat2 semua bersetuju jika saya katakan setiap kita ini mempunyai perasaan 'cinta', menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain yg pastinya bukan keluarga, bukan kawan biasa atau yg paling tepat orang yg berlainan jantina?Jika tidak pastinya kita bukan insan yg normal...

Walaumcammana pun kita menjaga, 'syadid' ke, kita tetap akan dilanda 'satu perasaan' yg sememangnya fitrah, satu anugerah Allah yg tak ternilai harganya.Bayangkan jika kita seorang yg 'tidak mempunyai perasaan'...Tentulah tidak berkembang biak umat Rasulullah saw ni.

Tapi sahabat, perasaan cinta ini perlu kita baja dan semai sebaik mungkin.Dan pastinya segala-galanya berbalik pada CINTA AGUNG kita, yang bukan sahaja RAHMAN tapi juga RAHIM dan maha segalanya.Perasaan cinta terlalu indah untuk diungkap, terlalu seni, satu anugerah yg perlu diSYUKURi.

Untuk mendapat cinta Allah, kekasih yg sejati bukanlah hanya cukup kita solat 5 waktu patuk ayam, puasa ala kadar,... kita mesti 'itqon' ,sungguh-sungguh untuk mendapat perhatian dari Allah.Jadilah 'abidullah yg taatkan perintah, jauhi larangaNya.Saya memperingatkan diri saya yg amat lemah dan lalai ini... Apabila kita rasa jauh denganNya, segeralah raih kembali KASIHNYA.Ingatlah Allah itu cemburu, sekali kita alihkan cinta dariNYa, pasti IA jauh.Dan jika dah rasa betapa nikmatnya bersamaNya pasti kita akan merana pula bila berjauhan.



Terlalu banyak cara untuk meraih cintaNya.. Andai kita diuji dengan mehnah hidup ini, bulatkan pergantungan dengan Allah sepenuhnya.Bukankah kita akan diuji jika kita mengaku kita beriman? Bermunajat di sepertiga malam, mengadu, merintih,meluahkan segala isi hati ...Ya Allah manisnya bercinta denganMu. Cemburu rasanya dengan Rabi'atul Adawiyah yg mendamba cinta di seluruh hidupnya hanya dgn Allah...
Dan percayalah sahabat, bila cinta sudah tersimpul erat dgn Yang Satu,cinta manusia dengan sendiri nya melamar kita...Telah Allah tentukan kita ini sejak azali, usah risau, usah gelisah...Jika berdetik mencintai seseorang jangan luahkan pada sesiapa, serahlah pada Allah jika kita cintakannya kerana kelebihannya kembalikan segalanya pada Allah, Allah yang menciptakannya segala puji bagi Allah, Subhanallah, subhanallah....
Waakhiran, saya berpesan pada diri saya dan sahabat2 supaya meletakkan cinta pada Allah melebihi dunia dan isinya ,sekian wallahu'alam...


Setiap manusia ada sifat cinta di dalam dirinya.Sifat ini adalah fitrah semulajadi yang di berikan oleh allah kepada hamba atau makhliknya.Cinta seorang yang beriman adalah kerana Allah bukan kerana perkara yang lain.Cinta kita kita mestilah tidak bercanggah dengan syariat islam.Cinta orang yang beriman adalah,pertamanya adalah cinta mereka kepada allah,keduanya cinta mereka kepada rasul,ketiganya cinta mereka kepada manusia dan terakhirnya cinta mereka kepada harta benda….



                                                   wallahu alam...

Tuesday, 15 January 2013

 

.......kehidupan adalah ujian.......

assalamualaikum....
rasenya dah lama tak update blog
maklumla dah semakin sibuk sekarang..hehe
ok
skrang masa yang khalifah ad hanya 20 mnit untk mnulis blog..
so
nk kongsi skit la tntang khidupan adalah ujian..
btol kah kte hidup ini untuk diuji??
tepuk dada,tanye la diri sndiri yee..

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal ALLAH. ALLAH ‘memperkenalkan’ DIRInya di sebalik semua ujianNYA. Pada ujian sakit, ALLAH kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, ALLAH perkenalkan diriNYA yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, ALLAH sedang memperkenalkan diriNYA yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada ALLAH makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNYA pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
 

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa ALLAH yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku
dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik ALLAH di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah ALLAH di sebalik segala mehnah (ujian). ALLAH tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba ALLAH, DIA tidak akan mengecewakanku!”

                                        rinkas dan harap dpt difahami mkna dsebalik khidupan adalah ujian..:) 
                  
                                                                            ape yang penting


Tuesday, 21 August 2012

SegenGgaM TabaH..


assalamualaikum w.b.t
tanggal 20/8/2012
iaitu raya ke 2

seorang sahabat khalifah hilang ingatan
krn mengidap penyakit saraf..
semua kawan2,guru2,saudara mara,
semuanya orang asing baginya,hanya kedua ibubpanya sahaja
yang dia kenal..

dulu dia seorang yang periang
tp sekarang menjadi seorang yang pendiam
kami pegang dia,kami peluk dia,
kami taaruf smula dgn dia,
tunjuk gambr yg lalu,
cerita kenangan2 yang lepas,
bergurau senda,
tp
semuanya berat untk dterima..
tiada satu pun yang diiingati,

dia berjalan menggunakan tongkat,
kaki dah tak berdaya,
mulut susah untuk berbicara,
tp semangat ttp ada...
senyuman sentiasa terukir saat berbicara
walaupun dia sudah lupa kwn2,teman2 dn sahabat2nya..
kami tidak pernah sesekali berptus asa
kami tidak akan terasa 
kerana itu semua ujian darin yang maha Esa..

setiap mggu,
setiap bln pergi hospital
untk buat kemoterapi
rambut semakin sedikit..
ya ALLAH,tabahkanlah hati sahabatku,
kuatknlah ia untk berada d jalanmu..

menitis air mata kami berempat saat berbicara dgn ibunya,
dugaan demi dugaan yang dihadapi,
hanya bertemankan sabar.. 

dalam hati kami
( apeape pun yang bakal berlaku selepas ini,insyaALLAH kitorang akan berada
di samping mu teman,sentiasa bagi dorongan..biar kita sama2,dunia mahupun akhirat
insyaALLAH,,fitriyah,rohaida,ilyana,hidayu )

Nikmat paling manis adlah apbila ALLAH mentarbiah kita dgn pelbagai ujian,
Namun tautan ukhwah mmpu berhadapan dgn sejuta kesulitan,
yang memberi semangat perjuangan..
kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati...

 Khas untuk sahabatku..ita



Sunday, 5 August 2012

 WehDah..


Assalamualaikum bt sahabat2 khalifah...
kaifahaluki / kaifahaluka???
khalifah harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat,aman,tenteram dalam bulan yang penuh keberkatan ini..insyaALLAH wabiiznillah..
bulan ramadhan kali ini,khalifah rasa putaran masanya terlalu cepat..
pejam celik,pejam celik,
aaahhhhhhh
rupa rupanya kita dah berada pertengahan puasa dah..
cepat masa berlalu kn??
biasa la,masa kan sentiasa mencemburui kita(hehe,ayat yang biasa digunakan oleh murobbi2 khalifah masa sek menengah dulu,,masa zaman kanak2 ribena:))
jadi,hargailah masa yang ada ni,,
rebutlah dan carilah malam lailatul qadar
penuhkan dada dengan amalan..
(erk,pesan untuk diri sendiri jugak)

apabila dikaitkan dengan masa@waktu,
ianya semakin cepat berlalu
ianya juga adalah salah satu tanda hari kiamat..
bila berlakunya hari kiamat??
bila kita akan mati??
bila,bila dan  terus bila??
adakah kita dapat mengetahui semuanya??
sama sekali kita tidak akan mengetahuinya..
so,persiakan diri,cari pahala banyak2,buat amalan2 yang baik dengan beristiqomah dll


khalifah selalu ingat pesan ma ngan abah khalifah
(carilah pahala banyak2 kak,xrugi sesen pom,siap boleh buat bekal kat akhirat ekgi..orang lain siap berebut ag nak pahala kat akhirat ekgi,tp kita rilex je duduk,ciap berpeluk tubuh ag,xpayah berebut pahala ngan orang lain,kan senang g2.(.kalu pahala banyak ).(.ma ngan abah khalifah buat perumpamaan laaaa..hehe)

nasihat ma ngan abah yang ringkas,padat,penuh bermakna yang membuatkan mata khalifah mengeluarkan mutiara2 jernih yang selama ini tersimpan...love u coz ALLAH ma abah..sama sama mencari mardhotillah..

sebut tentang amalan,teringat khalifah pada seorang muslimin..
kagum dengan cara,akhlak dan perwatakannya..
semuanya yang dilakukan untuk mendapat keredhaan dari ALLAH..
(sambil berfikir,siapakah gerangan muslimin itu??huhu,wallahua lam)


sekadar renungan bersama..

di sini kita telah bersatu menjadi satu
jauh dari halaman
jauh dari pandangan
namun,
di sini jua ku kenal erti perjuangan
ku kenal taarif persahabatan
ku pelajari ilmu islam
ku hidup dalam biah solehah dan tenteram
daku sedar
selangkah ke alam perjuangan
bererti selamanya dalam kepahitan dunia
biarlah menangis,kecewa,terluka dan
ditinggalkan kerana ALLAH
daripada mati terkambus tanpa
mujahadah insan
memang diri tak sanggup terluka
setiap titis air yang mengalir
itulah yang akan membawa ke syurga Tuhan.biiznillah..
bila ditanya kenapa perjuangan itu pahit
jawapanya kerana syurga itu manis
akanku tetap berada dalam perjuangan
selagi hayat dikandung badan

WEHDATUL QULUB
WEHDATUL FIKR
WEHDATUL AMAL


p/s; istiqomah tadarus al quaran,:)



Sunday, 29 July 2012


Harga sebuah kemaafan



Assalamualaikum...
Buat sahabat yang khalifah sayang kerana ALLAH..
macam mana iman sahabat2 sekarang??
macam mana kehidupan antum semua??
insyaALLAH harap2 semuanya dalam keadaan baik wabiiznillah..


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w,
Rasulullah bersabda: Musa bin Imran bertanya:
“Hai Tuhanku,siapakah hamba-Mu yang paling mulia di sisi-Mu?
Firman-Nya: “Sesiapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu
Untuk membalas kejahatan orang lain.”

Khalifah merasakan bahawa perkara yang paling mahal khalifah terpaksa
bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah;sebuah perpisahan.
Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia,redha,sabar,di saat hati yang dihiris
dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti
Kehidupan kita akan berakhir.Mereka akan pergi meniggalkan kita,atau
kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang.Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan,mungkin juga menggembirakan.Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka?
Yang pernah menambah asam garam dalam  resepi kehidupan kita?

Kita sering mendengar,”Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan”,untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidaksempurnaan dirinya.Frasa itu juga mengajar kita bahawa “manusia belajar melalui kesilapan”,walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita sakit hati atas perbuatan sesorang itu.Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita.Mengapakah hati kita terlalu keras sehingga terlalu mahal harga sebuah kemaafan?

Tak mahu bertanya sapa,tak mahu mendekati,tak mahu dan tak mahu.Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita?kuat merajuk,mungkin?

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masaalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan,lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan.
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal daripada itu,iaitu dengan memendam sakit hati,berpisah,dan dendamnya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah s.a.w telah menjadi orang yang Berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci,baginda dicaci,didengki,namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi,baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri,akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya.Mungkin Rasulullah itu maksum,bersih hati jiwanya,dan kita tak mampu lakukanya.Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya??

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita mamaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan,kawan,sahabat,kenalan,atau keluara kita.

Maafkan sahaja.Kembalilah bersaudara.
 
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak,andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jerih dan letih dalam berhijrah,mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah mudahnya,angkara perkara yang kecil,tetapi dibesar besarkan?? Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.


“sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.Kerana itu,damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH,supaya kamu mendapat rahmat.” 

buat sahabat2 yang khalifah sayang kerana ALLAH..
jangan sesekali berasa rendah diri atau segan untuk berdakwah
kerana ianya salah satu amal untuk agama kita..
jangan lihat dari orang yang menyampaikan dakwah
sebaliknya lihatlah dari apa yang disampaikan..
wallahu'alam..